Hari Kokurikulum 2009
Sekitar hari kokurikulum atau disebut hari kantin.
Di bawah ini adalah gerai-gerai yang dibuka semasa hari tersebut.
Gerai Jualan Kupon
Guru Besar & Cikgu Zaiton menjual kupon kepada para pelajar.
Cikgu Azmi turut membantu memeriahkan jualan.
Gerai Ayam Goreng, Sosej & Nugget
Ba'im dan Ustazah Mawaddah sibuk menggoreng ayam
tetapi masih sempat tersenyum mengadap kamera.peace !!!...
Gerai Sandwich & Kek
Gerai ini dimiliki oleh Cikgu Habsah & Teacher Tan.
Cikgu Habsah menunjukkan cara menyediakan sandwich.. T_T..
Gerai Kopok Lekor Kelantan
Gerai ini dimiliki oleh Cikgu Pendidikan Khas iaitu Cikgu Rina & Cikgu Mawarni...
Habis semua kopok lekor kelantan. Sedap... Sebab ni la mereka boleh tersenyum bergambar... :)..
Gerai ICT
Gerai ini dipelopori oleh Ustaz Shahrolnizam dan dibantu oleh juruteknik komputer iaitu En. Mohd Fauzi.
Ustaz menyediakan perkhidmatan menjual kalendar beserta gambar pembeli. Harga yang ditawarkan amat berpatutan. Selamat membeli !!!... :)..
Gerai Buah-Buahan
Pemilik kepada gerai ini adalah Ustaz Serigani dan beberapa orang guru lelaki. Jualan buah-buahan tempatan beserta asam.. Habis Semuanya terjual... Best... :)
Gerai Rojak
Cikgu Mat Hashim menjual rojak pelbagai jenis buah-buahan tempatan. Lagak seorang penjual profesional... ... :) ...
Gerai Ais-krim
Nampak tak dua orang guru lelaki di atas???.. Inilah Cikgu Ibrahim dan Cikgu Asri. Mereka begitu sibuk menjual aiskrim dan air botol. Memandangkan musim panas pada masa ini, jadi jualan mereka sangat-sangat laku. Wah untung besar la nampaknya yer... :)