Assalamualaikum wmt. wbt dan selamat sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana masih diberi kesempatan meneruskan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita. Semoga kita dapat memanfaatkan peluang ini untuk membaiki segala kelemahan kita dan meningkatkan kekuatan kita ke arah pencapaian yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Kejayaan sesuatu program atau projek bergantung kepada perancangan atau strategi yang diatur. Setiap strategi yang diatur mestilah bersesuaian dengan matlamat dan objektif yang ingin dan dapat dicapai agar tidak menjadi cuma ‘kertas kerja’ semata-mata.
Kecemerlangan akademik bagi semua mata pelajaran memerlukan perancangan yang teliti dan dinamik. Perancangan Strategik Kurikulum Lima Tahun dan Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) merupakan instrument dan indikator yang akan menjadi garis panduan atau hala tuju pencapaian prestasi akademik. Penglibatan menyeluruh serta komitmen semua guru adalah sangat penting bagi menjana kecemerlangan akademik bermula dari prasekolah hingga Tahun 6 tanpa ada perasaan prejudis kepada mana-mana murid yang berhak mendapat Pendidikan berkualiti.
Diharapkan Tahun 2010, tahap prestasi sekolah dalam semua bidang; akademik, sahsiah juga kokurikulum akan terus meningkat dan semakin menyerlah. Semoga visi dan misi sekolah dapat direalisasikan.
LAGI BESAR MATLAMAT KITA, LAGI BESAR STRATEGI KITA!
Sekian, terima kasih.
“Berkhidmat Untuk Negara”
HJH.CHE SIAH BT SAAD,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan,
09300 Kuala Ketil,Kedah Darul Aman.